Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017


PROGRAM SKRIP KE SKRIN

Aktiviti Terkini | 30 - 31 Oktober 2017

Program ini bertujuan mempelajari cara pembangunan video pendek yang berkualiti. Video yang boleh mempromosikan produk dalam laman sosial....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2017

Program KDB berkenaan penggunaan internet dan E-Waste. Pelajar didedahkan dengan penyalahgunaan internet dan cara menggunakan internet secara berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA TABIKA HAJJAH ROHANI MAJID (A) DAN (B) KG MANEK URAI LAMA

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam penggunaan teknologi internet dan memperkenalkan alatan komputer secara basic sahaja....baca selanjutnya

'3D PRINTER TRAINING

Aktiviti Terkini | 13 - 14 Oktober 2017

Kursus 3D printer dilakukan selama dua hari dan para peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Pelajar diberi pendedahan tentang setiap software 3D dan cara menggunakan 3D printer....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M MANEK URAI DAN CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Majlis Perasmian PI1M Manek Urai & Chuchuh Puteri disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Ramzi b. Abd Rahman di PI1M Manek Urai pada 30 september 2017. Pelbagai agensi yang terlibat seperti AADK, Klinik Kesihatan, CMCF dan Perpustakaan Desa. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah indoor aktiviti (online coloring, puzzle dan fast typing, outdoor (sukaneka untuk anak-anak kampung)...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah kuiz dan program Klik Dengan Bijak bersama pelanggan yang datang bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan yang ke -60 bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa'...baca selanjutnya

SAMBUTAN KEMERDEKAAN ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Antara aktiviti semperna kemerdekaan ialah mengelilingi kampung dengan membawa jalur gemilang, sukaneka, mewarna dan juga taklimat Klik Dengan Bijak ...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & E - WASTE

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Pelajar di dedahkan dengan penyalahguaan internet seperti modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber dan melaksanakan modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA TABIKA NURHIDAYAH B DAN TABIKA DATO HAJI WAN ZAID A

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2017

Tujuan jangka panjang program E-Usahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara....baca selanjutnya

PROGRAM E-USAHAWAN MDEC

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2017

Program ini adalah sebagai memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam dunia ICT sekaligus kanak-kanak itu dapat merasai sendiri pengalaman berkaitan dunia Komputer. Seperti kita tahu, komputer adalah salah satu keperluan pada masa kini dan kita perlu memberikan input yang berguna kepada kanan-kanak dari segi pengalaman, minat dan sikap ketika menggunakan komputer....baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN KHATAM AL-QURAN SECARA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak,Pi1m Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pi1m Manek Urai telah mengadakan program tadarus Al-quran dan khatam Al-quran secara digital bersama pelajar sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai). Antara tetamu lain yang turut hadir ke majlis berkenaan ialah Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Puan Zuraihah Muhammad dan wartawan akhbar Sinar Harian....baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

PROGRAM E-USAHAWAN (MDEC)

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2017

Program E-Usahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan juga usahawanan.para peserta diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT BERSAMA KELANTAN GATEWAY

Aktiviti Terkini | 09 - 13 April 2017

Program ini dapat mengeratkan silaturahim staff PI1M dengan peserta sambil mempromosikan keahliah PI1M. Selain itu, ia dapat mmenarik minat kalangan masyarakat untuk berkunjung ke PI1M Manek Urai dan seterusnya menggunakan ICT dengan sebaik mungkin....baca selanjutnya

Program Bersama Kanak-Kanak Tabika Kemas Manek Urai Baru

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2017

Aktiviti ini dapat memperkenalkan asas-asas computer kepada kanak-kanak dan untuk menarik minat kanak-kanak menggunakan komputer untuk melukis dan mewarna....baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti