INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Sebahagian besar penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, petani dan pengusaha kebun serta bekerja dengan kegiatan pembalakan.
- Kampung Manek Urai Lama yang terletak di lembah Sungai Lebir menyebabkan penduduk di sini tidak terlepas daripada ancaman banjir yang melanda hampir setiap tahun.
- Banjir yang paling buruk melanda perkampungan ini pada tahun 1979, menyebabkan hampir seluruh kawasan Manek Urai ditenggelami air, seramai 2,254 penduduk ketika itu terpaksa dipindahkan.
- Bagi mengatasi masalah tersebut, Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamad Yaacob(kini Tan Sri) dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengambil inisiatif menyediakan kawasan seluas 156.4 hektar iaitu Ladang Tanjung Batu di sini, yang dibangunkan sebagai lot perumahan dikenali sebagai Manek Urai Baru, untuk penempatan semua penduduk Manek Urai Lama yang terjejas akibat banjir.
- Penduduk Manek Urai Lama dan Baru menikmati banyak kemudahan asas terutama yang melibatkan projek kesejahteraan rakyat, termasuklah pembinaan jambatan merentangi Sungai Lebir menghubungkan dua kampung terbabit, jalan kampung berturap, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, madrasah, tadika, klinik kesihatan dan perpustakaan desa.
- Penubuhan beberapa buah agensi bukan saja turut membangunkan kawasan kampung, malah memberi kemudahan kepada penduduk untuk berurusan, antaranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil(Risda) dan balai polis.

DAERAHKUALA KRAI
DUNMANEK URAI
MUKIMMANEK URAI
PARLIMENKUALA KRAI
NEGERIKELANTAN

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

- Tiada Maklumat -

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Raya Manek Urai
Masjid Manek Urai
Perpustakaan Desa Manek Urai
Balai Polis Manek Urai
(Sebelah Kiri)
Surau Manek Urai Lama
(Sebelah Kanan)
Road to
Stesen Keretapi Manek Urai
Klinik Kesihatan Manek Urai
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru
Tadika dan Taska Kemas Manek Urai
Tabika Manek Urai
Kisah Kejayaan

- Tiada Maklumat -

Keusahawanan

- Tiada Maklumat -